Bunuh diri tapi sebut Laa ilaha illa Allah...

Posted by abah_ecah , Sunday, March 21, 2010 1:42 AM


Wa'alaykumussalam wrt. wbh.

BismilLah al-Rahman al-Rahim

Sabda Rasulullah : "من أخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة", hadis ini memberi maksud orang yang mengakhiri kalimahnya dengan 'Laa ilaha illa Allah' akan masuk ke syurga. Ulama' memberi penjelasan bahawa hanya orang beriktiqad dan mengamalkan maksud sebenar kalimah tersebut sahajalah yang kan masuk syurga. Rujukan boleh dilihat di dalam ruangan yang panjang lebar dalam tajuk aqidah dalam ruangan soal jawab ini.

Kesimpulannya, bagaimana mungkin orang yang bunuh diri ini kita katakan percaya dengan kalimah tersebut padahal perbuatan tersebut jelas-jelas menyanggahi syariat Allah.

Seorang Sheikh (tahun dua, ajar Hadis, lupa tanya nama) berkata, Ulama' menggabungkan kedua-dua hadis iaitu 'bunuh diri kekal dalam neraka' dengan 'siapa menyebut laa ilaha illa Allah masuk syurga' ialah dengan menyatakan : Mereka yang membuat dosa tersebut memang berhak untuk kekal dalam neraka...tetapi dalam masa yang sama Allah dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya juga berhak mengampunkan dosa hambaNya dengan memasukkan seseorang itu ke dalam syurga. WaalLahu a'lam...

p/s : Sebagai tambahan, menurut mazhab Syafi'e orang Islam yang membunuh diri boleh disolatkan jenazahnya.

WaalLahu a'lam.

0 Response to "Bunuh diri tapi sebut Laa ilaha illa Allah..."

Post a Comment