al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka

Posted by abah_ecah , Wednesday, June 8, 2011 2:09 AM

al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka

Hukum meninggalkan solat

Posted by abah_ecah , Thursday, June 2, 2011 8:59 AM












Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

surat untuk semua

Posted by ubaidulah , Monday, April 4, 2011 12:30 AM

dengan ini saya menarik diri dari blog ini. penulisan saya boleh didapati di page ini - kalamajami

salah silap harap maaf



yg benar

zikri

Mohon maaf secara terbuka...

Posted by abah_ecah , Thursday, March 17, 2011 6:56 AM

SANA'A (Yemen): While most Malaysian students in Yemen want to go home until the situation in the strife-torn country stabilises, third-year-student Syed Mohd Faris Syed Roslan is not one of them.

His apartment is walking distance from the anti-government protest area and the Malaysian embassy has advised Syed Mohd Faris to move out but he has decided against it.

"It's not that I am stubborn or don't want to listen to advice but I feel safe here.

"All the Yemenis around us, including our neighbours and the owner of the apartment, have told us there is no need for us to go back.

"They have given us their word that they will protect us," he said in an interview in the apartment where he lives with his wife Nur Hidayu and two-year-old daughter Sharifah Aishah.

He believes that even if the fighting intensifies and there are violent clashes among the pro-government and anti-government supporters, the Yemenis would not target foreigners.

"The Yemenis have very soft hearts. Even the Holy Prophet said that. One minute they could be fighting each other and the next, it's over and you see them kissing each other on the cheek and drinking tea together.

"They will not disturb foreigners. That's why I feel confident to keep staying on," he said.

He said he was surprised that many Malaysians wanted to leave Yemen.

"My apartment is one of the closest to the protest areas and I don't have any problems. I can buy things easily. Shops are open. I don't go to shops in the protest area but in other places, it's fine and I can get whatever I want.

"I think the Malaysian students want to evacuate not because they are scared but because they just want to go home (for a break)," he said.

Syed Mohd Faris is reluctant to leave Yemen for a number of reasons.

"We don't know when the protests will reach the peak. It might be just a matter of days. My fear is that if I go back to Malaysia and the protests ends and my university classes start again.

"Then I would lose out because I have gone back. I would need to rush back to Yemen and pay RM1,400 for a one-way flight back to Sana'a," he said.

So for him, if the Government was using the Hercules to evacuate Malaysians, he would ask only his wife and daughter to leave.

"But if it's a commercial flight and fully sponsored, then I'd give it some thought. Why should I deprive myself if it's all paid and a commercial flight," he said.

However, a number of other students did not share his views.

Pertamanya saya minta maaf atas jawapan yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain. Saya faham dengan jelas apa yang berlaku. Saya juga memohon maaf kepada pihak Persatuan Permaya yang bertungkus lumus siang dan malam untuk menyelamatkan rakyat Malaysia termasuk juga pihak Kedutaan Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak menjangka ketibaan wartawan tersebut dan hanya menyatakan apa yang terlintas di fikiran. Saya juga terlupa tugas wartawan yang akan mensensasikan sesuatu dan menyampaikan sesuatu yang berlainan.

Saya juga tidak berniat menafikan segala yang telah saudara presiden Iqbal nyatakan tempoh hari.

Sebagai akhirnya, jika saya ini telah menyusahkan semua pihak, saya mohon kemaafan. Saya berharap tidak ada lagi pelajar lain yang membuat kenyataan yang teruk seperti yang saya lakukan.

MEMORANDUM

Posted by abah_ecah , Wednesday, March 16, 2011 5:02 AM


MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG
ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

13 MAC 2011

Kepada:

TUAN YANG TERUTAMA HJ ABDUL SAMAD BIN OTHMAN


KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kebangkitan masyarakat arab di Negara-negara timur tengah khususnya di Tunisia dan Mesir telah banyak memberi kesan terhadap keadaan politik semasa Negara-negara arab sekitarnya. Kejatuhan rejim-rejim yang kejam dan diktator membuktikan suara rakyat merupakan suara majoriti dan berkuasa menjangkaui undang-undang ciptaan manusia. Sepanjang proses itu, rusuhan besar-besaran dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuashatian setelah proses undang-undang tidak lagi dipercayai mereka. Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan demi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan sesebuah rejim. Sekarang, sedang berlaku di yaman. Kejatuhan rejim-rejim di Tunisia dan mesir di samping pergolakan politik dalaman Yaman, telah membuakkan lagi semangat rakyat yaman untuk keluar merusuh sejak sebulan yang lalu. Rusuhan tersebut semakin melebar dan memburuk setelah campur tangan perkumpulan yang bersenjata api. Akibat daripada itu, rusuhan telah meliputi kawasan utama Bandar Sana’a. Adapun terdapat rumah-rumah pelajar Malaysia yang terletak di kawasan terbabit. Sehubungan dengan itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia agar isu-isu ini diambil perhatian dan diselesaikan


1. KESELAMATAN KIAN MERUNCING

Kawasan Daari telah menjadi kawasan utama perkampungan perusuh kerajaan Yaman. Para perusuh mendirikan khemah-khemah di sepanjang jalan Daari bermula dari hadapan universiti Sana’a sehingga ke kawasan Jamiah Qadimah sekarang. Pertambahan jumlah perusuh semakin meningkat dari hari ke hari.



Kejadian pergaduhan dan tembak-menembak juga berlaku sejak kebelakangan ini malah semakin bertambah. Dijangkakan bahawa kejadian ini akan berterusan sehingga jatuhnya kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Yaman sekarang, Ali Abdullah Saleh sepertimana ikrar-ikrar ketua qabilah mereka. Keadaan ini secara tidak langsung, menyebabkan tahap keselamatan semakin merosot oleh kerana pergaduhan yang tercetus di kalangan rakyat Yaman. Sememangnya, situasi sebegini akan membahayakan pelajar-pelajar Malaysia yang mahu membuat urusan seharian mereka.

Selain itu, terdapat segelintir pelajar Malaysia telah ditemuramah bervideo oleh perkumpulan yang tidak dikenali sambil diugut dengan senjata agar segala percakapan mengikut kehendak penemuramah tersebut.

Oleh itu, kami menggesa pihak kedutaan cakna dengan isu dan kebajikan rakyat serta pelajar Malaysia di Yaman.

2. PEPERANGAN MUNGKIN BERLAKU

Yaman merupakan Negara yang mengamalkan kebebasan bersenjata di kalangan rakyatnya. Senjata boleh dibeli dengan mudah di kedai-kedai runcit di sebahagian kawasan. Tambahan pula, sistem puak dan qabilah menyukarkan lagi kawalan politik semasa. Sistem pentadbiran sebegini, adalah lebih berkuasa daripada kerajaan yang ada sekarang di Yaman. Sehinggakan terdapat qabilah yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang menandingi kerajaan dari segi peralatan.

Di samping itu, percakaran di antara puak dan qabilah ini tidak boleh lagi dielakkan lagi kerana kejadian tembak-menembak serta kematian telah pun melibatkan ahli keluarga mereka. Penuntutbelaan akan menyebabkan pergaduhan akan lebih parah.

Pada saat ini, usaha perusuh dari kalangan qabilah-qabilah menguasai kawasan-kawasan utama Bandar kian melebar. Bilangan perusuh pula semakin meningkat begitu juga dengan khemah-khemah.

Justeru kami sebagai wakil pelajar dan mahasiswa Malaysia di Yaman mendesak kerajaan dan pihak berwajib agar mengambil langkah awal sebelum keadaan lebih teruk berlaku.

3. PENGAJIAN TERTANGGUH

Ketika ini, universiti dan pusat pengajian kebanyakkannya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu. Oleh itu, pengajian secara automatiknya tertangguh. Ini akan menyusahkan lagi pelajar-pelajar Malaysia di sini sedangkan semester hanya berbaki dua bulan lagi.

Di samping itu, kebanyakan pelajar di sini tidak mempunyai sumber kewangan yang besar. Mereka kebanyakannya ditaja sendiri oleh ibu bapa dan zakat negeri. Penangguhan pengajian telah menyebabkan belanjawan tidak lagi mengikut perjalanan sebenar kerana terpaksa dihabiskan ke perkara-perkara yang lain disebabkan tiada pengajian.

4. KEMUDAHAN HOSPITAL

Hospital-hospital telah dibanjiri rakyat-rakyat yaman yang tercedera akibat rusuhan yang berlaku. Kekurangan tenaga kedoktoran pula telah menyebabkan kesukaran bagi pesakit luar untuk dapatkan rawatan kerana tumpuan lebih di bilik kecemasan.

Disebabkan kejadian ini, kebimbangan tidak boleh lagi dibuang khususnya kepada rakyat Malaysia yang sakit dan mahu melahirkan anak. Perkhidmatan perubatan tidak lagi elok seperti dahulu kerana petugas-petugas hospital keletihan di samping doktornya.

5. URUSAN YANG BERTAMBAH RUMIT

Pelajar menyiapkan visa mereka dengan perantaraan orang tengah institusi-institusi pengajian. Namun, urusan tersebut menjadi rumit ekoran penutupan institusi-institusi pengajian. Maka saranan pihak kedutaan supaya pelajar pulang sendiri dengan pengangkutan awam tidak lagi releven.

Selain itu, urusan pengeluaran dan tukaran wang menjadi semakin sukar kebelangan ini. Mesin-mesin ATM telah dihadkan pengeluaran Dolar Amerika di samping Riyal Yaman yang kecil nilainya. Pertukaran wang asing ke dolar amerika juga sukar dibuat kerana tidak diterima. Ini lebih menyusahkan urusan pembayaran yuran, tiket, visa dan sebagainya kerana kebanyakan urusan menggunakan matawang dolar amerika.

PENUTUP

Rakyat Malaysia perlu diselamatkan oleh pihak kerajaan kerana rakyat merupakan aset Negara. Keselamatan rakyat seharusnya tidak boleh digadaikan yang mana ianya akan melambangkan wajah kerajaan terhadap rakyatnya selaku kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat.

Justeru, rakyat, pelajar, dan mahasiswa di Yaman menggesa agar memorandum ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia yang diyakini mencintai rakyat dan meletakkan urusan rakyat sebagai keutamaan.

Member2 muslimat ambil perhatian!!

Posted by abah_ecah , Tuesday, March 8, 2011 8:47 AM

Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, saya mewajibkan pelajar ada blog dan facebook (FB). Tapi saya banyak kali menasihatkannya untuk tidak membuat posting gambar-gambar perseorangan yang boleh membawa padah apatah lagi wanita biasanya lebih baik gambarnya untuk mahram sahaja.

Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya... sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergeloumang dalam dunia IT??

Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..

Sebenarnya kenyataan di atas yang kolot dan bodoh.. Mereka yang mengikuti nasihat agamanya sendiri adalah mereka yang berada dalam landasan "kemenjadian" (Pengetua saya selalu guna perkataan ini) yang hakiki. Kenapa??

Semasa di SMK Sultan Omar tahun 2002 saya telah beli dua kamerahandycam Sony untuk sekolah. Digital 8 dengan harga sekitar RM2600. Handycam ini mempunyai fungsi NightShot (0 Lux). Nightshot adalah bertujuan mengambil gambar malam tanpa cahaya... gambarnya kelihatan warna hijau. Semasa aku ke sekolah SMK Tengku Intan Zaharah, handycam jenis ini pun ada, di bawah jangaan cikgu Wan Mohd Anuar.

Disebalik Nighshot 0 Lux ini, jika kita guna filter Infrared See-Through Filter PF pada waktu siang hari (sebaiknya tengahari) dia boleh menembusi baju yang nipis dan menampak apa yang ada didalam.
Bagaimana "menantang ning" berfungsi dan disalah gunakan oleh mereka yang kreatif dan mereka otak "kotor". Jika anda belajar Fizik (kebetulan pula saya memang cikgu Fizik) anda akan mengetahui dengan fenomena cahaya.

Petunjuk:
1. Cahaya Matahari (terang)
2. Tubuh Manusia
3. Baju
4. Infrared rays
5. Ultraviolet dan visible rays
6. KAYA PF (Filter)
7. Handycam

Ini kaedah bagaimana cahaya boleh menebusi lapisan pertama kerana kita tahu cahaya putih ada 7 komponen warna. Memang susah nampak macam ini. Saya ambil satu contoh bagaimana MatSalleh pakaikan seluar dalam pada kotak Sony... Walaupun nampak lucu tapi ini boleh memberikan penerangan yang lebih baik.



Segala apa yang tersembunyi boleh nampak belaka.

Masa saya beli Handycam Sony itu kerajaan Malaysia baru sedar dan mengelurkan arahan untuk mengambil balik semua filter berkenaan dan fiter berkenaan di haramkan di Malaysia. Engkau orang tahulah benda haram ini lagi cepat mereka yang memilik handycam akan mencari... lagikan dadah yang kena hukum gantung pun ramai orang seludup... ini sekadar haram sahaja!

Kalau payah order aje melalui internet mana orang tahu ini adalah fiter.. Anjing pun tak belajar lagi mengesan fiter ini pasal takkan dia kenal bau filter. Kalau saya gantung di "tekok" saya pun siapa tahu ini fiter yang dimaksudkan kerana semua filter kamera sama sahaja.. Tak percaya tanya cikgu Mulia..

But it's bad business to count on consumers being logical. In a discovery that was first publicized by a Japanese men's magazine, it so happens that in a well-lit setting, in certain instances, a NightShot camera can seem to penetrate fabric, revealing the underwear of fully clothed individuals, or making people in swimwear appear virtually naked. Of course, the NightShot is only a harbinger of the prurient progress that tomorrow holds in store. Sony may not have intended to design a camera that turns people naked, but you better believe somebody else eventually will. Newsweek(1999)
Itu cerita 2002, teknologi tahun 1999...

Sekarang 2010, teknologi makin berkembang dan perkembangannya cukup pesat. Sekarang boleh scan gambar menjadikan dia seolah gambar yang tak elok menggunakan teknik Super Impose dan X-Ray.

Saya tak akan tunjuk secara secara detail, mana tahu anda akan belajar pula nak buat eksperimen.. Entah-entah gambar saya tersiar dalam majalah porno... mampus aku nak membela diri, membersih aib....

Tiga gambar pelajar perempuan di atas sebenarnya diambil daripada FBnya. Gambar itu bagus menuntup aurat. Tapi malangnya ada manusia jahat telah merosakkan imej ini dengan menggunakan teknologi baru 2010.. Hasilnya....


Kalau gambar anda disiarkan begitu di internet akibat keghairah anda membuat posting gambar dalam FB. Siapa harus dipersalahkan.... Saya nasihatkan kepada semua pelajar perempuan, guru wanita (terutama yang bujang) dan lelaki juga... awasilah gambar anda di FB... Malang tak berbau...

Untuk selesai problem Omar Bukhori

Posted by abah_ecah , Wednesday, February 23, 2011 11:21 PM

Activation error. Activation code is invalid for this region


Pengaktifan kesalahan. kod pengaktifan tidak sah bagi kawasan ini

Dalam beberapa kes error "kod pengaktifan tidak sah bagi kawasan ini" mungkin muncul di skrin semasa proses pengaktifan.

Kesalahan boleh muncul jika anda cuba untuk mengaktifkan aplikasi anda menggunakan kod pengaktifan di satu kawasan (negara), tetapi kod pengaktifan anda gunakan ini digunakan dalam kawasan-kawasan yang lain. Misalnya, anda telah membeli Kaspersky Internet Security 2011 di India, tetapi anda cuba untuk memasang dan mengaktifkan aplikasi di Inggeris.

Untuk menghilangkan masalah, anda perlu memasang dan mengaktifkan produk anda Kaspersky Lab di kawasan ini (negara), di mana anda telah membeli aplikasi.

Jika anda mengaktifkan produk anda Kaspersky Lab di kawasan ini (negara), di mana anda telah membeli aplikasi atau cadangan yang diberikan di atas tidak membantu anda untuk menghilangkan masalah, maka anda digalakkan untuk membuat permintaan untuk Kaspersky Lab Technical Support via Kaspersky My Account Perkhidmatan. Memberikan info berikut:

  1. wilayah di mana anda cuba untuk mengaktifkan Kaspersky Anti-Virus 2011 / Kaspersky Internet Security 2011
  2. pengaktifan tarikh dan masa
  3. kod pengaktifan dari 20 simbol (4 kelompok dari 5 aksara)
  4. bukti pembelian (salinan tanda terima dari pembekal yang sah produk Kaspersky Lab)
  5. keterangan masalah secara terperinci
  6. IP-address dari komputer dengan Kaspersky Anti-Virus 2011 / Kaspersky Internet Security 2011 dipasang
  7. screenshot tetingkap aplikasi utama dari produk yang dipasang.